Sunday, February 26, 2012

Pengalaman Saya Menghadiri Bengkel Kompang

Pada hari minggu yang lalu, saya dan rakan-rakan menghadiri Bengkel Kompang di bilik muzik. Cikgu Siti mengajar kami bermain kompang itu dengan penuh semangat. Bengkel itu mengadakan pada hari Selasa sahaja. Saya merasa gembira menghadiri bengkel itu.







Sunday, February 12, 2012

Lirik Cenderawasih

Cenderawasih burung kayangan


Tuanku putih kilau keemasan

Pandanglah hamba si gagak hutan

Sebelah mata pun hamba tak terkilan



Cenderawasih burung kayangan

Tuanku putih kilau keemasan

Adumu bercadarkan pintalan gemawan

Tidur hamba beralas reranting hutan



Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan

Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan

Hamba akur dengan suratan

Hamba akur dengan kehendak Tuhan

Hamba akur berketurunan bermandi hinaan



Cenderawasih burung kayangan

Tuanku putih kilau keemasan

Kau pinta didodoikan rintikan hujan

Ku mampu rintih senandung kedukaan



Penat hamba menanam ubi

Ramai berladang nenas di seberang

Penat hamba menabur budi

Emas jua dipandang orang



Orang cina menghisap madat

Duduk di bangku berkain chukin

Hina besi kerana berkarat

Hina manusia kerana miskin



Cenderawasih burung kayangan

Tuanku putih kilau keemasan

Kau pinta didodoikan rintikan hujan

Ku mampu rintih senandung kedukaan



Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan

Kau inginkan hamba kalungkan bulan

Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan

Kau dambakan rantai untaian buih lautan